Pantun Cinta

Bertudung cantik mata memikat,
Melirik senyuman memukau semua,
Wahai cik adik saya terpikat,
Bolehkah tahu siapa nama.
———————————————-
Hati merindu fikiran melayang,
Burung merpati terbang tinggi,
Terkenang si dia terbayang-bayang,
Itulah tanda dah jatuh hati.
———————————————-
Bunyi lagu membangkit suasana,
Bunga mekar di depan mata,
Sunyi rasa tak dapat bersama,
Kekasih hati jauh di sana.
———————————————-
Layang-layang terputus tali,
Jatuh ke bumi melayang laju,
Wahai kekasih aku berjanji,
Aku dicipta hanya untukmu.
———————————————-
Hujan turun laut membiru,
Dingin malam mengusik kalbu,
Biar batu menjadi debu,
Aku tetap sayang padamu.
———————————————-
Berjalan segak bergerak pantas,
Jangan terlupa melihat tetamu,
Wahai abang yang manis,
Sudikah jalan bersamaku.
———————————————-
Bunyi jantung tanda debaran,
Ingin bertanya tetapi malu,
Ku menunggu penuh harapan,
Sudikah engkau menerimaku.

Pantun Nilai Murni

Kereta berlumba di tengah bandar,
Saat berundur tergilis ayam;
Bicara hamba membuka lembar,
Tangan dihulur menyambut salam.

Bayu menderu beralih ribut,
Atas bukit air bertakung;
Bertandang tetamu mesti disambut,
Berbahasa bersantun nadi pendukung.

Beluran ke Paitan meredah rimba,
Lebuh raya kini sudah terbukti;
Bersantun bersopan memuji hamba,
Bukan memuji melunas budi.

Jalan raya semakin sesak,
Ke kota di hujung minggu;
Bila bahasa semakin rojak,
Pakar kata semakin perlu.

Buat batik atas meja,
Jahit menjahit pilihan si Bulat;
Buat baik asas berpada,
Sifat jahat jangan dibuat.

Hidang laksa sarapan pagi,
Agar bertenaga masa belajar;
Budaya berbahasa jadi sinergi,
Perteguh siaga semangat diikrar.

Kedidi angsa punai kenari,
Bebas bernyanyi di tepi paya;
Budi bahasa dan nilai murni,
Asas harmoni sejahtera budaya.

Rantai suasa baru dicelup,
Untuk dipakai ke majlis Pak Harun;
Budi bahasa amalan hidup,
Susila bangsa turun temurun.

Dalam buku banyak dihidang,
Pantun digubah jadi renungan;
Fikiran beku mengapa bimbang,
Andai diubah rentak kehidupan.

Gadis Cina berambut perang,
Menyimpul senyum ayu sekali;
Indah laksana bulan terang,
Bahagia menguntum tidak terbeli.

Irama puisi memaut rasa,
Gambus dialun gendang dipalu;
Indah peribadi kerana bahasa,
Sopan santun diamal padu.





Kehilangan dirimu...

Pada suatu hari, aku menanyakan satu soalan kepada si dia... aku tahu soalan itu pasti akan menimbulkan perasaan benci dan sakit hati kepada diriku. tapi aku terpaksa tanya... Selepas si dia menjawab dengan perasaan yg aku rasa geram, aku terus menghentakkan kakiku ke atas lantai... aku tahu diriku tidak sempurna untuk dia.

29 JANUARI 2011

Hari ni ialah hari yang aku tunggu selama 2 minggu. Aku dapat banyak pengetahuan dalam UPSR. Best. Pegi pukul 8 pagi, balik pukul 7 malam. Kenangan yang tak dapat kulupakan bersama rakan - rakanku.
terutama rakan baik ku, Amin, Aliff dan Syahmi. Terima kasih Amin sebab tolong tumpangkan aku balik rumah.
Hahaha. Malas nak bangga...

Biodata aku.

Nama aku Ahmadul Hakim. Panggil Hakim. Aku lahir 31 May 1999. Umo 12 tahun(2011). Berdebar nak UPSR. Cita - cita aku? Juruterang. No. handphone : 0179742514... Email/Facebook : ahmadulhakim@yahoo.com.my
Assalamualaikum. Nama aku Ahmadul Hakim Bin Mohammad. Panggil aku Hakim je... Aku ni kasar sikit. Kalau ada salah silap apa-apa, minta maaf lah ya.... Aku ada 'awek'... Nama dia Si__ Haj___ binti Bahar.
Teka lah ya. Assalamualaikum!!!